5 Perkara Yang Kita Boleh Pelajari Dengan Drama Bersiri Popular Itaewon Class

Itaewon Class telah tamat dengan episod terakhirnya yang sudah boleh ditonton di Netflix. Jadi, setelah 16 episod, apa yang kita dapat dari Kdrama ini?

1. Dendam adalah motivasi yang paling bagus untuk mencapai cita-cita. Walaupun ia adalah suatu yang negatif, tetapi ia sememangnya sebuah motivasi yang kuat untuk anda pegang sehingga berjaya.
2. Tiada jalan yang mudah untuk berjaya. Park Sae Ro Yi menunjukkan kepada kita yang pelbagai halangan perlu kita tempuh sebelum berjaya. Dan strugglenya ketika di permulaan perniagaannya itu menjadikan dia lebih tabah dalam menguruskannya.

3. Pemilihan pekerja yang mempunyai semangat juang dan matlamat yang sama dengan kita juga amat penting. Ini bagi memastikan hala tuju perniagaan itu tidak berubah. Kita dapat tengok ketika Jang Geun Soo tidak boleh fokus dengan kerjanya, dia sendiri mengambil keputusan untuk berhenti dari DanBam.

4. Seorang ketua atau boss yang mengambil berat kepada pekerjanya juga antara faktor penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Park Sae Ro Yi dan Jang Dae Hee sememangnya berlainan kaedan perniagaan mereka. Walaupun pekerjanya menghormati letuanya, namun Sae Ro Yi dihormati kerana prinsip dan budi pekertinya, manakala Jang Dae Hee dihormati kerana perasaan takut.

5. Conflict of Interest sememangnya wujud di dalam sesebuah syarikat. Lebih2 lagi apabila melibatkan ayah dan anak. Si ayah akan seboleh-bolehnya memihak kepada anaknya. Ini akan membuka ruang untuk penyalah gunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

Kredit : The Wayangster