Kesan COVID-19, Ladang Bunga Kanola Di Jeju Terpaksa Dimusnahkan

Sekiranya berkunjung ke Korea Selatan, ladang bunga kanola yang terbentang luas di Jeju menjadi pilihan pengunjung untuk dilawati pada musim bunga. Kebiasannya daripada Mac ke April setiap tahun akan berlangsung Festival Bunga Kanola Jeju, namun ianya sama sekali tidak berlaku pada tahun ini.

Disebabkan penularan virus COVID-19, petani bunga kanola di Jeju telah memutuskan untuk memusnahkan ladang yang diusahakan mereka. Empat traktor besar melewati ladang bersaiz 9.5 hektar yang dipenuhi bunga kanola. Ini berikutan kebimbangan akan kehadiran pelancong yang terus berduyun-duyun ke ladang dan mengakibatkan penularan wabak COVID-19, para petani tidak mempunyai pilihan lain selain memusnahkannya.

Oleh kerana populasi warga tua yang tinggi di pulau itu kebimbangan mengenai jangkitan COVID-19 adalah tinggi  dan kebanyakan penduduk kampung bersetuju dengan keperluan untuk memusnahkan ladang bunga kanola.

Sumber: ARIRANG NEWS