Bakal Dilancarkan Hanya Di Asia, Starbucks Hasilkan Koleksi Edisi Terhad Bersama Herschel

Bermula hari Jumaat ini, Starbucks bakal melancarkan koleksi edisi terhad mereka bersama jenama beg terkenal, Herschel. Sekiranya anda seorang peminat jenama Herschel, anda pasti tahu akan kualiti dan juga anggaran harga barangan berjenama Herschel ini. Senang cerita, harganya memang boleh telan air liur juga la.

Namun, apa yang menariknya untuk koleksi Starbucks x Herschel ianya hanya boleh didapati di cawangan Starbucks terpilih di Asia sahaja. Siap sedia untuk dapatkan koleksi edisi terhad ini pada 24 April nanti!