Guna Resipi Nasi Ayam Simple Ni Untuk Jamu Keluarga. Pasti Menjadi Dan Bertambah-tambah!

Nasi ayam memang menjadi kegemaran seisi keluarga tak kira yang tua mahupun yang muda. Oleh kerana, masakan ini yang versatil ianya sesuai dihidangkan tanpa mengira waktu. Ada pelbagai versi nasi ayam seperti Hainanese style, ayam madu, ayam goreng berempah dsb.

Nak buat nasi ayam ni mudah aje. Jom ikuti resipi nasi ayam simple versi malas yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 2 ulas bawang merah (tumis)
  • 2 ulas bawang putih (tumis)
  • 1 inci halia (tumis)
  • Sedikit butter (tumis)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sup bunjut

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 1 cili besar
  • 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 1 biji tomato
  • 3 senduk air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu

Cara Penyediaan:

Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.

Panaskan sedikit minyak masak. Cairkan butter. Masukkan bahan-bahan untuk ditumis - tumis sehingga bertukar warna. Masukkan tumisan ini ke dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning.


Setelah bahan-bahan tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak.
Potong bahan-bahan untuk sambal sebelum dimasukkan dalam blender. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam. Blender sehingga sebati & hancur
Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka. Season to taste. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api.
Gaul semua bahan-bahan perapan ayam bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Bila dah sebati perap selama 1 jam. Kadang-kadang bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best 😃 Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti.
  • Air rebusan ayam tadi
  • Sup Bunjut
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Season to taste
Haaaa ni la rupa bila ayam tu dah siap digoreng.
Ni pula rupa sup ayam, sambal & kicap. Selamat mencuba! 😄