IKEA Malaysia Lancarkan Koleksi Pakaian Jenama IKEA. Peminat IKEA Sila Munculkan Diri!


IKEA Malaysia mula melancarkan koleksi pakaian dan barangan harian berjenama IKEA, iaitu Koleksi EFTERTRÄDA bermula 4 Mac ini. Koleksi barangan yang buat julung-julung kalinya menggunakan logo rasmi IKEA sebagai reka bentuk utamanya pasti menjadi rebutan buat para peminat barangan IKEA.

EFTERTRÄDA yang bermaksud 'pengganti' dalam bahasa Sweden merupakan hasil kerjasama IKEA Jepun bersama IKEA Sweden yang diilhamkan oleh dan dibuat untuk penduduk Tokyo. Kini anda boleh mendapatkan barangan sebenar dari IKEA berbanding menggayakan produk tiruan berinspirasikan IKEA sebelum ini 😋





Berikut merupakan senarai harga barangan bagi Koleksi EFTERTRÄDA:

  • Beg EFTERTRÄDA RM24.90
  • Tuala mandi EFTERTRÄDA, putih RM39.90
  • Tuala mandi EFTERTRÄDA, kuning RM39.90
  • Botol air EFTERTRÄDA, putih RM9.90
  • Botol air EFTERTRÄDA, kuning RM9.90
  • Kemeja-T EFTERTRÄDA, saiz S-M RM39.90
  • Kemeja-T EFTERTRÄDA, saiz L-XL RM39.90
  • Baju panas berhud EFTERTRÄDA, saiz S-M RM79
  • Baju panas berhud EFTERTRÄDA, saiz L-XL RM79

Koleksi ini boleh dibeli di gedung bermula 4 Mac 2021 dan secara dalam talian bermula 11 Mac 2021. Terhad kepada 2 unit setiap artikel untuk setiap pelanggan di gedung.